20110705

Anarki di Kuala Lumpur

Tajuk buku. Gua baru beli. Booth FIXI kat bookfest. Baca punya baca. Menarik. Hati gua tertarik. Mata pun tertarik. Senang cerita semua anggota tertarik. Minat membaca gua semakin meningkat. Sikit demi sedikit. Minat gua meluap luap membaca. Betul apa orang cakap. Membaca amalan mulia.


Gua start macam mana isi buku ni merangkak hingga ke klimaks. Tapi sebab gua malas nak taip panjang panjang gua kasi sinopsis ja. LOL dasar meleis. The Rats nama band yang bermelodikan punk rock konon tiru sex pistols. Syd sebagai teraju utama. Menempah kemegahan selepas mencipta album pertama di mana hits mereka berkumandang di corong corong radio. Awek menteri, awek murahan, party, dadah, LSD, cuma arak haram lakhanat je mamat bangang syd ni tak teguk. Memang lifestyle dia macam tu. Serius macam Sid Vicious. Cuma awek dalam ni iaitu Anne baik sangat tak macam Nancy Spungen yang merosakkan vocalist sex pistols. Syd jatuh cinta dekat Anne seorang wanita lawa yang masih belajar di universiti yang tidak dinyatakan. Syd mahu lupakan cinta sebenar dia suatu ketika dahulu. Mamat liar ni bercinta membuat kan aku pelik dan mual pelik pula. Macam hipokrit. lol. The Rats semakin popular dan beriban riban duit dorang kaut hasil album dan show bergrade 'A'. Dah kaya mulalah lupa diri. Syd mula mengambil heroin sampai ketagih macam nak mati. Kesian tengok mayat hidup dan Anne begitu kecewa sampai sanggup herdik Syd dan tinggalkan Syd terkapai-kapai dalam bilik berteman kan lilin dan syringe. Ending cerita ni sangat sadis di mana kemewahan dan kesuksesan membawa kehancuran. Di akhir penulisan gua konfius kerana Syd sudah mati atau belum. *sorry gua punya imaginasi sangat terhad

Sekian.

Hayati Salam.

Tiada ulasan: