20121123

Lentok

Lentok sudah perjalananku buat seketika. Aku pasrah aku redha. Mengikut kehendakNya. Mana boleh melawan. Istighfar. Lama aku berhenti mengarang. Tandus idea. Otak bukan orang seni.

Acap kali aku khayal bagai telan ektesi. Itulah aku semasa kelas ku berjalan. Apa pun takleh buat. Terngiang nama, terbayang wajah, teringat memori seseorang yang begitu spesial dalam hidupku. Dia sudah menutup segala gerakan lalu lintas antara aku dan dia. Zombi sudah menjadi aku. Eh. Aku telah menjadi zombi.

Tiba-tiba timbul rasa kesal. Aku kesal ambil engineering. Susah melampau.  Aku jelik dengan insan yang selalu dapat Anugerah Dekan. Wujud rasa pelik. Aku tak tahan. Kau tahan? Tapi, aku dah semester 5. Aku makin tua. Apa aku boleh buat? Berserah pada takdir. InsyaAllah yang baik akan datang.

Aku lentok. Lentok. Lentok lagi. Ambil syabu, berkhayal sehingga bangkit semula. Aku malas nak hadap hidup komplikated ni. Sekarang ni, satu-satu nye yang buat aku gembira adalah Arjuna Bakti Fitri. Dia yang beri sinar gembira. Aku suka dia. Aku suka.

Salam.