20110708

Rumah Cina

Sssssssssss.. bunyik pasir. Tayar motor ombak aku menghentikan perjalanannye. Belakang ada adik aku dan mak. 'Rumah siapa ni mak?' tanya aku sangsi. Kau tahu kenapa aku sangsi? Ada tokong kecil kat depan rumah kot! 'Rumah jenny, nak tempah baju la' mak aku jawab dengan nada selamba. 'Betul betul betul' adik aku sambung. Haihhhh patutla. Aku tutup enjin motor aku. Jejak je kaki aku kat tanah anjing meng'anjing' aku. Terkejut sial! Barua punya anjing. Comel tapi macam palat perangai.

Hilang dah pandangan mak aku. Anjing punya pasal. Buka pagar luar terus tuju ke pagar lagi satu. Buka sepatu aku, langkah dengan kaki kanan. aku pandang kanan dulu sebab ada LED besar melekat kat dinding. 'Shits, besar gila LED, buat gua geram' getus hati aku. Tapi fokus utamaku tak terarah tu sebenarnye. Aku nampak makhluk yang mana rambut panjangnye tersimpul elok dengan hanya menggunakan chopstick. Amoi cina maa. Cis putih gila.

Aku terus pergi ke satu bilik. Kelihatan mak aku ada disitu. Sibuk menyuruh tukang jahit tua tu alter ini itu ini. Perghhh banyk songeh. Nature women, perhaps. Lepas lama menyongeh kan bilik kecil yang penuh dengan kain sutera bagai, mak aku keluar dari bilik. Aku memaling muka dan amoi cina tu pun paling. Mata bertentang mata. Pehhhh asyik. Comel, hati gua jatuh dengan cepat. Demit. Tapi pintu keluar dah di depanku dan putuskan koneksi mata dengan berat. Ahhhh cepat pula sampai kat exit. Kami greet cina tua tu dan lincah ke arah motor. Lepas tu aku angau tak tentu tempat. Terkena bomoh cina cantik. Haishhhh.

Kusut kepala memikirkan si putih molek berkaca mata tu. Tapi angan angan mat jenin je aku boleh kudratkan. Aku pengecut pondan bila berhadapan dengan wanita yang ku minati. Sial. Harapan sudah menjadi sisa sampah kat tong sampah depan rumah aku. Pondan kau.
Sekian.

Hayati Salam.

1 ulasan:

:::norwar::: berkata...

lucah cerita anda.hahaha