20110627

Engineering vs. The World

*kedengaran lagu We Are Sex Bob-Omb
Post kali ini berbaur fakta dan cope with that. Kejuruteraan satu bidang yang aku minati dan ceburi sekarang ni. Kalau dulu semasa darjah satu guruku bertanya apa yang anda mahu semasa anda meningkat dewasa dan pilihan pertamaku tentu doktor. Hampir semua taulan ku memilih jurusan itu. Pabila meningkat dewasa kegagalan ku dalam hafal menghafal ini sama sekali mendorong gua memilih bidang teknikal ni.

Kejuruteraan banyak berkomunikasi dengan machines,soldering tools,struktur tanah,batu,bahan kimia dan tentu sekali dengan algebra. Kami tidak dilatih untuk berimaginasi dengan luas. Tidak juga dilatih untuk menghafal sana sini. Lebih kepada fahaman dan teknikal. Kami tak gentar walaupun kami dapat pointer bawah 3 kerana itu nature dalam kejuruteraan di mana mendapat pengiktirafan dari siapa-aku-pun-tak-tahu yang bidang ini adalah bidang yang paling SUSAH di dunia. The World!

*kedengaran lagu scott pilgrim yang didendangkan oleh sex-bob-omb

Kami tak berpuitis, kami tidak biasa bergaul dengan figura figura bernama manusia, kami straight-forward tidak-suka-kepada-bengkang-bengkok. Jika nak bandingkan blog gua dengan budak budak lain memang langit dengan bumi. Karya dan ayat ayat yang ku luahkan adalah didikan guruku semasa di bangku sekolah. Tiada imaginasi melampau dan itu paling ketara. Sifat sifat nature IR wannabe someday dude!


Jika mahu deal dengan kami, kamu-kamu semua perlu google sifat sifat kami, kerana kami sesungguhnya susah untuk berkomunikasi dengan mereka mereka yang langgar pantang larang kami. We dont arrogant, we just proud!

Civil,Mechy,Chemical, and Electrical : EMC²

Hayati Salam.


Tiada ulasan: